#19 "Rosak akidah woi"
POSTED ON Wednesday, December 30, 2015 AT 11:30 PM \ leave a comment (0)
Tiap kali Christmas, isu haram ucap 'Merry Christmas mesti akan timbul. Almost every for sure akan ada. And tiap tahun jugak la akan ada ulama keluarkan hujah berkenaan dengan isu tu. Tak lupa jugak golongan yang bajet ulama yang akan keluarkan hujah sendiri, dengan alasan menghormati kawan yang beragama Kristian.

Gais, sudah lah.

Rasanya semua orang tahu tentang hukum orang Islam wish 'Merry Christmas'. Hukumnya haram sebab kita membenarkan bahawa Jesus itu anak tuhan bla bla bla (hujah Dr. Zakir Naik). But still, masih ego nak pegang dengan alasan dan hujah yang tersendiri. Seolah-olah kita ni banyak sangat ilmu dari para ulama, maybe sebab tu berani lawan. Entah la.

Bagi saya,

Kita sering dengan alasan 'nak respect agama kawan', 'nak berdakwah' bila berhujah pasal isu ni. Sebenarnya, ada banyak lagi cara berdakwah yang Nabi ajar, tapi kita tak penah buat. And semua cara Nabi ajar tu semua tak haram, bahkan dituntut dalam Islam. Amat digalakkan untuk buat. Tapi kita tak penah buat. Tapi bila tiba Hari Krismas, terus bagi alasan nak berdakwah bagai la. Aduh kemon la gais.

Contoh, puasa sunat Isnin Khamis. Solat awal waktu. Jaga mata and mulut.

Tapi tak. Kitalah paling banyak merungut bila kena puasa sunat siap dengan alasan sebab nak lari dari puasa sunat. Kita jugak malas nak solat awal waktu even dah dengar azan tapi still nak jugak lepak dengan kawan yang non-muslim (kawan lagi penting dari Allah ke apa). And kitalah jugak yang paling excited bila nampak perempuan dengan 'tulang rusuk bergetar' la, 'bakal zaujah' la, bla bla bla. 

Kalau dah haram, jangn buat. Ikut kata ulama. Jangan sekali lawan para ulama.
Ilmu kita sikit, so jangan nak berlagak pandai.
Kalau tak percaya, buka kitab and study balik Quran, hadis, sirah Nabi.

Nak berdakwah, ikut cara Nabi ajar.
Bukan dengan cara yang kita RASA terbaik untuk non-muslim. BUKAN.