#17 Itu Salah
POSTED ON Monday, February 3, 2014 AT 4:26 PM \ leave a comment (0)
Kalau kita tahu dia salah, kita tahu dia berhujah berasaskan ilmu yang tidak berasas, janganlah kita nak nak mengata pasal dia. Janganlah kita nak kutuk dia. Janganlah kita nak labelkan dia macam-macam title yang negatif. Sebaliknya, dia sudah jadi tanggungjawab kita untuk kita betulkan apa salah dia. Ajarkan apa yang betul dan sebenarnya.  Panggil dia duduk semeja, ajak berbincang. Mana yang salah kita betulkan, mana yang betul kita tegakkan.

Bukan dengan kita asyik nak mengata dia, settle semua. Bukan. Itu salah. Kalau kita asyik dengan dunia kita sedangkan dalam masa yang sama dia masih hanyut dalam ilmu yang salah, itu salah kita. Kita yang dipertanggungjawabkan untuk betulkan mana yang salah. Bukan dengan cara mengutuk dan melabelkan dia, selesai tanggungjawab kita.

Kalau rasa diri sendiri tak cukup ilmu nak menegakkan apa yang benar, pergi buka kitab/buku, perbanyakkan ilmu yang sedia ada. Jangan kita sendiri yang berhujah tetapi hanya dengan ilmu yang kosong.

Kalau rasa diri sendiri tak cukup kuat nak perbanyakkan ilmu yang sedia ada,  diam. Jangan pulak kita duduk semeja dengan mereka yang sibuk mengata macam-macam tentang dia yang salah, tapi langusng tak beri kesan kepaa dia yang salah. Ingat. Jangan kita pulak yang tiba-tiba terhanyut dek kerana terlalu mengikut mereka yang berlagak betul, padahalnya kosong ilmu mereka.

Ikut apa yang Islam dah ajar kepada kita. DOA. Sesungguhnya doa itu senjata orang mukmin. Doalah moga Allah berikan kepada dia yang salah ilmu yang sebenarnya, moga Allah tunjukkan kepada dia jalan yang lurus, moga Allah lembutkan hati dia.


Ingat. Kita jaga diri kita dan dalam masa yang sama, kita jaga saudara se-Islam kita. InshaALLAH. Ameen.

                                                                                                                                                     sharing is caring -budak blur-