|
#15 Bila Baju Melayu Bertemu Baju Kurung
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum w.b.t.
InshaALLAH dengan ilmu yang cetek ini saya kongsikan apa yang patut.
Satu forum yang bertajuk Bila Baju Melayu Bertemu Baju Kurung telah diadakan. Alhamdulillah sempat juga saya curi masa untuk lari ke forum itu. Yelahh. Kata orang, ilmu yang dalam buku tu, takkan hilang dan akan stay je kat situ. Tapi majlis ilmu macam ni jarang ada. Jadi better kita pergi. Kalau majlis ilmu yang sama diadakan lagi sekalipun, ilmu yang dikongsi waktu mungkin tidak sama. Jadi apa salahnya.
InshaALLAH saya akan highlight beberapa topik penting yang dibincangkan sewaktu forum ini.
1. Dalam kehidupan seorang manusia, ada 3 fasa kehidupan. Fasa Pertama ialah Fasa tidak tahu atau tidak mengenal apa-apa iaitu sewaktu zaman kanak-kanak. Hidup sentiasa ceria, tiada masalah. Fasa Kedua ialah fasa krisis identiti iaitu sewaktu zaman sekolah menengah. Waktu inilah kita mula create siapa diri kita yang akan kita bawa sampai ke tua. Dan Fasa Ketiga ialah fasa mengenali cinta. Fasa yang sering melanda kaum muda terutamanya pelajar universiti.
2. Kata Nabi Muhammad (S.A.W.), "Kalau kamu cinta Allah, ikut aku (yakni Nabi Muhammad)".
3. Cinta adalah tanggungjawab. Apabila cinta tidak disatukan tanggungjawab, diri akan menjadi gelisah. Sebab diri sendiri merasa tidak bertanggungjawab ke atas cinta itu. Sebab itu jugalah apabila seorang pasangan berkahwin, mode bercinta itu sudah tiada kerana sudah bertukar kepada mode tanggungjawab.
4. Boleh jadi seseorang itu sebagai contoh lelaki, dia ternampak seorang perempuan yang macam comel je macam lawa je. Terus dia berkata, "Fuhh lawanya dia. Aku suka lah". Itu bukan cinta. Itu hanyalah suka melihat keindahan ciptaan Allah.
5. Kalau sesorang itu simpan perasaan terhadap seseorang yang lain, bila mana dia terdengar perbualan yang ada menyebut nama crush nya, terus jadi gelabah curious nak tahu kenapa. Padahal yang sepatutnya, seseorang yang beriman itu bila dia terdengar nama Allah, bergetar jiwanya. MashaALLAH.
6. Jadilah seorang muslim yang soleh dan musleh. Sesorang yang beriman dan taat kepada Allah serta cinta akan kekasih Allah, baginda Rasulullah S.A.W. dan juga sesorang yang berpesan kepada kebenaran dan kesabaran (Surah Al-Asr).
7. Apa itu ikhtilad? Ikhtilad ialah pergaulan antara lelaki dan perempuan. Dalam Islam, ada jenis ikhtilad yang diharuskan dan ada jenis ikhtilad yang diharamkan. Apabila hendak berjumpa,bersihkan hati, betulkan niat. Jangan sesekali campurkan hawa nafsu dengan ikhtilad. Ikhtilad ada sesuatu yang kita kena pelihara, bukan stop terus.
8. Jaga pandangan. Baik lelaki atau perempuan. Sesiapa yang menjaga pandangannya, maka teguh imannya. Kena jaga hati, bukan setakat aurat.
9. Jaga ke'malu'an diri. Jangan sampai hilang malu dalam diri kita. Kalau manusia hilang kemaluan, manusia akan berbuat apa-apa sahaja. Jangan latih diri untuk hilang malu.
10. Jadikan perkahwinan itu sebagai medium untuk kita dekat dengan Allah. Jangan jadikan Allah sebagai satu alat untuk kita dapatkan perkahwinan yang kita impikan.
Konklusinya, jaga hati, jaga solat, jaga pancaindera dan jaga hak Allah. InshaALLAH, Allah akan beri hak kita yang sepatutnya.
sharing is caring -budak blur-
|
mencari erti hidup.
Muhammad Al Imran | 21 SSAS.UPM #LoveMuhammadLoveAllah fb | twitter | ask me | tumblr | instagram archives
· April 2012 · July 2012 · August 2012 · July 2013 · August 2013 · November 2013 · February 2014 · June 2014 · December 2015 links
Cocombee
|