|
#17 Itu Salah
Kalau kita tahu dia salah, kita tahu dia berhujah berasaskan ilmu yang tidak
berasas, janganlah kita nak nak mengata pasal dia. Janganlah kita nak kutuk
dia. Janganlah kita nak labelkan dia
macam-macam title yang negatif.
Sebaliknya, dia sudah jadi tanggungjawab kita untuk kita betulkan apa salah
dia. Ajarkan apa yang betul dan sebenarnya. Panggil dia duduk semeja, ajak berbincang.
Mana yang salah kita betulkan, mana yang betul kita tegakkan.
Bukan dengan kita asyik nak mengata dia, settle semua. Bukan. Itu salah. Kalau kita asyik dengan dunia kita
sedangkan dalam masa yang sama dia masih hanyut dalam ilmu yang salah, itu
salah kita. Kita yang dipertanggungjawabkan untuk betulkan mana yang salah. Bukan
dengan cara mengutuk dan melabelkan
dia, selesai tanggungjawab kita.
Kalau rasa diri sendiri tak cukup ilmu nak menegakkan apa yang benar,
pergi buka kitab/buku, perbanyakkan ilmu yang sedia ada. Jangan kita sendiri
yang berhujah tetapi hanya dengan ilmu yang kosong.
Kalau rasa diri sendiri tak cukup kuat nak perbanyakkan ilmu yang sedia
ada, diam. Jangan pulak kita duduk
semeja dengan mereka yang sibuk mengata macam-macam tentang dia yang salah, tapi
langusng tak beri kesan kepaa dia yang salah. Ingat. Jangan kita pulak yang
tiba-tiba terhanyut dek kerana terlalu mengikut mereka yang berlagak betul,
padahalnya kosong ilmu mereka.
Ikut apa yang Islam dah ajar kepada kita. DOA. Sesungguhnya doa itu senjata
orang mukmin. Doalah moga Allah berikan kepada dia yang salah ilmu yang
sebenarnya, moga Allah tunjukkan kepada dia jalan yang lurus, moga Allah
lembutkan hati dia.
Ingat. Kita jaga diri kita dan dalam masa yang sama, kita jaga saudara
se-Islam kita. InshaALLAH. Ameen.
sharing is caring -budak blur- |
mencari erti hidup.
Muhammad Al Imran | 21 SSAS.UPM #LoveMuhammadLoveAllah fb | twitter | ask me | tumblr | instagram archives
· April 2012 · July 2012 · August 2012 · July 2013 · August 2013 · November 2013 · February 2014 · June 2014 · December 2015 links
Cocombee
|