|
#18 Jomm Berlapar!
11 JUN 2014 | 13 SYAABAN 1435A: Bro, jom puasa sunat esok. B: Puasa? Hmm takpe laa. Kau puasa sorang jela. A: Alaa jom la puasa sekali. Nanti kita bukak puasa sekali. Kan sunnah tu. B: Aku tak biasa la puasa sunat ni. Mesti sakit perut esok. Thanks je la tau. A: Hmm okay... Ramai orang bila diajak untuk berpuasa sunat, suka menolak dengan pelbagai alasan. Senang sakit perut, tak biasa nak puasa sunat, tak reti nak puasa sunat. Seolah-olah bila seseorang berpuasa sunat itu, semuanya ditanggung 100% oleh diri dia sendiri. Sedangkan dia lupa Allah lah yang menjaga seseorang itu bila mana dia berpuasa. So impossible la kalau Allah nak sakitkan seseorang itu sedangkan dia sedang berjihad di jalan Allah. Pernah terfikir tak kenapa muslim digalakann untuk berpuasa sunat? Takkan Allah tak fikir macam mana dengan orang yang ada gastrik? Confirm dia sakit perut kalau puasa. Seolah-olah puasa itu memudaratkan diri dia. Untuk menjawab persoalan ini, kita kena refer balik macam mana keadaan HATI kita. Zaman sekarang ni, kalau kita sedar atau tak, banyak perkara yang boleh membuat hati kita menjadi GELAP, HITAM, KERAS. Nabi ajar kita untuk makan apabila lapar, berhenti sebelum kenyang. Tapi realiti sekarang ni siap makan 4 kali sehari. Dengan breakfast, lunch, dinner, supper. Sekali makan jangan cakap la berapa pinggan boleh dia habiskan. Nabi ajar kita untuk kurangkan bercakap. Kurangkan gelak. Tapi realiti sekarang ni siap lepak kedai mamak sampai subuh, sembang+gelak sampai tak ingat dunia. Apa yang saya katakan ialah tidak salah untuk kita makan, lepak, bersembang, gelak. Bahkan digalakkan lagi untuk kita rapatkan ukhwah antara saudara kita. Tapi biarlah berpada-pada. Ada had dan batas yang kita kena ikut. Sebab nanti hati kita jugak yang jadi hitam+keras. Lebih-lebih lagi mati boleh datang bila-bila je. Takut nanti kita mati nanti dalam keadaan hati kita yang sedemikian. Allahurabbi. Ingin saya kongsi beberapa hadis Nabi Muhammad S.A.W. yang menunjukkan baginda merupakan seseorang yang selalu dalam keadaan berlapar. Hadis 1: Satu hari, Nabi duduk bersama para sahabatnya sedangkan Nabi dalam keadaan yang lapar. Jadi, Nabi terus mengadu dan berdoa kepada Allah lalu berkata, "Ya Allah, aku mengadu lapar dan dahagaku". Tiba-tiba, bumi bergegar dan angin bertiup kencang seolah ribut melanda. Para sahabat semua berada dalam keadaan kucar-kacir dengan kejadian yang berlaku. Selepas beberapa ketika, keadaan menjadi normal dan muncullah Malaikat Rahmat dan Malaikat Gunung bertemu dengan Rasulullah. Mereka berkata, "Ya Rasulullah, kenapa cakap sebegitu rupa. Kalau kau mahu minta apa-apa, minta sahaja. Nescaya kami mampu memberikan kepada kamu". Mendengar akan percakapan para malaikat itu, Nabi terus berdoa, "Ya Allah, aku tidak minta banyak. Aku hanya minta kau LAPARkan aku satu hari dan kenyang pada hari berikutnya. Itu sahaja". Hadis 2: Aisyah meriwayatkan: Nabi Muhammad tidak pernah makan sehingga kenyang sepanjang hidupnya kecuali pada hari baginda wafat (iaitu baginda makan 2 roti). Jadi wahai sahabatku, sesungguhnya berlapar itu adalah antara sunnah Nabi. Bila mana kita berpuasa, mesti kita akan selalu ingat Allah. Bila mana kita berlapar, mesti hati kita akan lebih terjaga dan terhindar dari perkara yang menggelapkan dan mengeraskan hati. So lepas ni, jom kita amalkan berpuasa sunat. Bangun awal sebelum subuh, kita sahur sikit. Kalau kita still lapar jugak dalam sehari tu, ingatlah bahawa Nabi dulu lagi teruk laparnya dari kita sampai baginda ikat batu di perut baginda. Tapi Nabi masih mampu bersenyum dan berserah kepada Allah. Bagi yang 'sensitif' dengan berpuasa tu, ingatlah bahawa Allah sentiasa menjaga hambaNya yang berjihad di jalanNya. Kalau still sakit juga, itu kan ujian Allah. So sabar yee.
sharing is caring -budak blur-
|
mencari erti hidup.
Muhammad Al Imran | 21 SSAS.UPM #LoveMuhammadLoveAllah fb | twitter | ask me | tumblr | instagram archives
· April 2012 · July 2012 · August 2012 · July 2013 · August 2013 · November 2013 · February 2014 · June 2014 · December 2015 links
Cocombee
|